Saturday, April 18, 2009

Hanya Pilihanraya Penyelesai Kemelut Di Perak


Ikuti Ceramah Terkini dari Perak Oleh Ust Norazli Musa

Wednesday, April 15, 2009

Besar Ganjaran Bagi Mereka Yang Rajin Ke Masjid


Kuliah Mingguan yang telah diadakan di Masjid Jamek Inanam Laut pada setiap hari selasa.

Saturday, April 11, 2009

Unit Amal Kota Kinabalu Bersama Masyarakat


Kota Kinabalu, Unit Amal Kota Kinabalu telah berjaya membersihkan tanah perkuburan orang Islam Kg. Inanam Laut bersama-sama penduduk kampung Inanam Laut.

Wakil Unit Amal Kota Kinabalu seramai lima orang itu diketuai oleh Cikgu Shaharuddin yang juga merupakan AJK Unit Amal Negeri Sabah. Gotong royong ini juga telah berjaya mengumpul lebih kurang 50 orang penduduk kampung berkenan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat walaupun pengumuman majlis gotong royong ini hanya dimaklumkan sehari sebelum ia diadakan.



En, Mazlan yang juga merupakan ketua kampung melahirkan rasa syukur dan terima kasih diatas kehadiran wakl Unit Amal Kota Kinabalu dan orang kampung kerana berjaya mengadakan gotong royong mebersihkan tanah perkuburan Islam yang dianggarkan keluasannya 6 ekar dan terdapat lebih kurang 200 kubur.

Diantara yang hadir juga dalam gotong royong ini ialah Pengerusi Masjid Jamek Inanam, Tuan Hj. Zakaria dan Imam Masjid Tuan Hj. Ibrahim dan AJK Masjid Jamek Inanam.

Gotong royong ini bermula sejak awal pagi sekitar jam 7.30 dan berakhir dalam jam 12 tenghari, Orang ramai penuh semangat dalam membersih tanah perkuburan itu
walaupun ia kawasan berbukit dan curam kerana kehadiran yang ramai dan dibantu dangan cuaca yang baik.

Pada hari itu juga seorang wanita berusia akhir 30an telah dikebumikan di kawasan itu, allahyarhamah dimaklumkan mengidap penyakit jantung. Alfatihah untuk beliau.

Pada akhir gotong royong telah diadakan tahlil ringkas dan juga sedikit jamuan ringan yang telah didermakan oleh masyarakat kampung.

Adalah diharapkan program ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia dapat merapatkan ukhuwah di kalangan penduduk kampung selain memupuk semangat bantu membantu, kata Tuan Hj Zakaria yang mengetuai bacaan tahlil ringkas itu.


Alfatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah dan juga kepada ibu tersayang yang telah dikebumikan di tanah perkuburan ini dua bulan yang lalu. ALFATIHAH.

Wednesday, March 11, 2009

Nikmat Di Dunia Hanya Sementara


Ikutilah kuliah ini sehingga habis

Tuesday, February 17, 2009

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus

Ceramah disampikan oleh Ust. Nik Anwar Zakaria al-Basuti
di Surau Flet Persekutuan Likas pada 15 Februari 2009

video
Mengupas berkenaan tanda-tanda gangguan makhluk halus yang terdapat dalam buku beliau yang bertajuk PENYULUH JIWA MUKMIN
Buku berkenaan banyak menghuraikan tentang sihir dan cara-cara menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus.
Buku berkenaan boleh diperolehi di gerai saya di MUIS dengan harga RM25 sahaja atau hubungi saya di talian 0195315577.
Sila daptkannya sekarang untuk mengetahui lebih lanjut maklumat tentang jin dan makhluk halus.