Sunday, September 14, 2008

Ihya Ramadhan Di Kg. Nunuk Ragang





Alhamdulillah program ihya ramadhan di Kg. Nunuk Ragang telah berjalan dengan baik. Program anjuran JAKIM serta badan NGO seperti Yayasan Amal dan KECAPI telah membantu penduduk kampung meringankan sedikit beban dengan mengadakan jamuah berbuka puasa dan sedikit sumbangan hari raya.

Kg Nunuk Ragang adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Ranau, penduduk Islam di sana hanya ada lebih kurang 20 keluarga, yang kebanyakannya bekerja sebagai petani.

Memandangkan kemudahan asas yang tidak sempurna maka perogram yang dihadiri lebih kurang 50 orang itu terpaksa dilalui dalam keadaan gelap dengan hanya menggunakan lampu 'pom', pelita dan lilin.


Walau bagaimana pun ia tidak menghalang program berjalan dengan lancar. Bermula dengan majlis berbuka sehinggalah kuliah subuh pada esok harinya.
Pada majlis itu bantuan hari raya telah disampaikan Oleh Ust. Anwar dan Ust. Rauf dari JAKIM Ranau. Terlabih dahulu juga ust Anwar telah menyampaikan Tazkirah sempena ihya ramadhan kali ini, di mana beliau menekankan agar umat Islam tidak mensia-siakan bulan ramadhan dengan banyakkan beramal.


Akhir program Sdr. Ikhwan selaku wakil dari Yayasan Amal telah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepeda semua yang terlibat menjayakan program kali ini terutamanya dari JAKIM ,Yayasan Amal dan KECAPI

No comments: